14 March 2009

120309

120309 Muara

Hasil tangkapaan dari jam 6pm hingga jam 12 pm.Cuaca hujan dari petang hingga pagi saya terpaksa mengunakan payung semasa memancing tapi udara dingin memaksa kami pulang pada jam 12 malam.Ikan makan pancing dari jam 8 samapai jam 10 di seberang Pelabuhan Muara.





11 March 2009

100309 MUARA / SAWAR SAWAR

110309 Muara dan Sawar Sawar, kami sempat mencari wak wak pada jam 5.30 ptg di seberang Pelabuhan Muara, hanya dapat belasan ekor saja.Kami juga membawa udang pukat hidup sekitar 80 ekor.
Setelah mencari wak wak kami terus ke Sawar Sawar ,laut agak berombak sedikit sekitar 1.5 meter, kami memancing di sana sehingga jam 8 malam,berhasil menaikan kerapu,ketambak dan pari setelah itu cuaca mula berubah lalu kami memancing di seberang Pelabuhan Muara, di sana kami menaikan lagi beberapa ekor ketambak setelah itu angin kencang,kami berteduh di bawah jeti baru sehingga jam 12 malam
Setelah hujan berhenti kami cuba memancing lagi tapi air telah surut,kami pun balik pada jam 130 pagi.




10 March 2009

070309 MUARA




070309 Kawasan Pelabuhan Muara dan Kawasan pulau Muara Besar.
Ini lah tangakapan pada malam itu, dari jam 6 petang hingga jam 12 tengah hari.
Pada jam 6 petang kami mencari udang dengan mengunakan pukat di kawasan kilon cina dan berhasil mengumpulkan sekitar 50ekor dan selepas itu kami mula memancing di sekitar Pulau Muara Besar namun tidak berhasil menaikan se ekor ikan pun lalu kami ber pindah ke kawasan Pelabuhan Muara di sana baru lah kami berhasil menaikan beberapa ekor ketambak.Cuaca kurang baik ,kamoi berteduh di bawah jeti baru di mana saya memancing ikan Ilak Ilak dan Kalakitok dan berhasil mengkap hampir 30 ekor.
Pada jam 2 pagi kami mencari wak wak di seberang Pelabuhan Muara dapat sekitar 30 ekor untuk umpan Rawai. Rawai kami hanya dapat se ekor ketambak saja.
Sehinga hari pagi kami pun cuba memukat udang hanya berhasil menangkap sekitar 5 kg saja kami balik jam 12 tengah hari.