281208 Muara




281208 Muara



Kami memancing di kawasan seberang Pelabuhan Muara ntah apa kah salah nya saya pada malam itu 4 kali joran saya di rentap namun ada ada saja yang salah, ikan terlepas la tersangkut  dan dua kali putus  yang mana ini jaranh sekali berlaku apabila kiat menggunakan fishing rod, hanya anak pari saja yang dapat di naikan. 
Setelah berpindah dari kawasan tadi baru lah kawan saya menaikan se ekor Umpak dan saya hanya dapat menaikan anak Ketambak, setelah itu tidak lagi tarikan  di kawasan itu  lalu kami berpindah lagi ke kawasan yang lain  baru lah saya dapat menaikan se ekor umpak dan ini lah saja yang dapat pada malam itu . Saya mengunakan umpan udang hidup dan wak wak yang saya cari pada jam 3 pagi.

181208 MUARA/PELUMPONG



181208 MUARA/PELUMPONG

Memancing di kawasan Serasa tetapi tidak mendangkan hasil se ekor ikan pun tidak berminat dangan udang hidup yang kami umpan kan,lalu kami pergi ke kawasan seberang Pelabuhan Muar, di sana baru lah kami berhasi menaikan bebapara ekor ketambak setelah itu kami berpindah lagi ke kawasan seberang Angkatan Tentera Laut di sana kami berhasil lagi menaikan beberapa ekor Umpak dan Ketambak.
Keadaan cuaca pada malam itu berangin  di kawasan Serasa sangat berombak dan demikian juga  di kawasan Muara se hingga lah tengah malam baru lah angin bertiup agak perlahan.


131208 MUARA/SERASA/PILONG ROCK/SAWAR SAWAR

131208 MUARA/SERASA/SAWAR SAWAR DAN PILONG ROCK.






Kami memancing di kawasan Muara, Serasa, Sawar Sawar dan di Pilong rock.
Keadaan air sebelah petang muali pasang pada jam 5 petang, kami cuba memancing di kawasan Serasa namun hasil nya kurang memuaskan lalu kami berpindah ke pancang no 18 namun maseh juga kuang memuaskan lalu kami cuba lagi mencari fishing spot kami yang berdekatan namun hasil maseh tetap juga kurang memuaskan se hingga cuaca berubah pada tengah malam, keadaan air surut kencang dan susah untuk memancing, air sangat keroh ini kiriman dari sungai Limbang dan Temburong.Air pasang se hingg 3.0 dan surut sehingga 0.1 .

081208 MUARA

081208 MUARA

Memancing bersama anak anak di kawasan pancang di seberang Pelabuhan Muara.Hasil tangkapan kapas kapas dan ikan takat.




061208 PELUMPONG MUARA




061208 Ujung Pelumpong dan Kawasan Pulau Muara Besar.
Pada petang hari sabtu kami memancing di Ujung Pelumpong sambil mencuba tempat yang di beri tahu oleh kawan yang telah berpengalaman memancing Tawih dan Bebatik,lalu kami pun mencuba  di tempat itu dan berhasil menaikan se ekor Bebatik dan dua ekor Tawih.
Setelah malam kami pun mencari lagi lubuk yang lain lagi dan berhasil lagi menaikan Ketambak dan ikan lain nya.
Setelah pagi sebelum balik kami memancing di kawasan Muara di mana ikan kapas kapas makan di sekitar pancang sebrang Pelabuhan Muara setra berjaya menumpaskan se ekor pari lagi.

031208 MUARA

031208 MUARA

Cuaca hujan dari jam 6petang se hingga jam 4 pagi Kawasan Pelabuhan Muara Serasa  berombak dengan angin yang agak kencang menyebabkan kami berteduh di bawah pelabuhan yang baru, di sana saya hanya dapat memancing beberapa jenis ikan kecil kecil sahaja sepaerti Pulut Pulut,Bilis Pelajau, elak elak,kalalitok, usus,dan beberapa ekor ketambak.
kami berteduh di sana hingga 6 pagi itu pun kawasan Muara Serasa dan Kawasan Pulau Bedukang maseh bergelora.




011208 MUARA


011208 MUARA

Hasil tangkapan kami di pancang 27 Pualu Muara Besar  dan kawasan Pelabuhan Muara dari jam 6ptg hingga jam 2 pagi. Tiga ekor pari 3 ekor umpak  beberapa ekor ketambak 2 akor lapih dan sembilang.

Ikan malas makan kalau makan pun diam diam saja  cuma pari saja yang agak memberi hiburan sedikit.

291108 MUARA

29 11 08 Kami cuba memancing di ujung Pelumpong tetapi tidak tahan kearan alun/ombak tinggi tapi sempat juga kami memasang rawai tapi se ekor ikan pun tdak minat pada rawai kami. Setelah itu kami masuk ke dalam tepat nya berhadapan Pelabuhan Muara dan ini lah hasil tangkapan kami malam itu.



261108 MERAMBAT UDANG





Merambat udang di kawasan Bang Tawar untuk umpan pancing bersama anak anak.Kandang udang membuat sendiri mengunakan tikar  getah dan kayu, kandang ini bolih menampung se hingga 3000 ekor udang.

271108 gambar selungsong hampir 100 kg

Sayangi lah Sungai Brunei dengan cara jangan membuang sampah di sungai kerana maseh terdapat ikan, udang dan sepises hidupan lain yang maseh bolih menjadi sumber makanan kita.
Ikan Selungsong ini berat nya hampir 100 kg di pancing di kawasan PUast Kesenian Bandar Seri Begawan

271108 PELUMPONG/MUARA





271108 Pulau Pelumpong dan muara.

Kami mencari Wak wak jam lima pagi di Pulau Bedukang dapat 83ekor lalu balik dan terus kerja jam 730.

Pada sebelah petang kami turun lagi dan terus ke ujung Pelumpong, sampai di sana terus memancing namun iakn belum lagi berselera untuk memakan udang hidup yang kami rambat semalam se hingga jam 6 petang cuaca berubah, hujan turun di mana mana ter paksa lah kami berlindung di bawah jeti baru, di sana sudah ada tiga buah perahu yang awal berteduh.
setelah hujan agak reda baru lah kami sempat memasang rawai di seberang pelabuhan muara selepas itu hujan lagi se hingga jam 1 pagi.jam 130 pagi baru lah kami dapat mengangkat rawai yang kami pasang tadi hasil nya kurang memuaskan hanya 2 ekor umpak 3ekor ketambak danikan kecil yang lain nya itu pun habis di makan kutu air kerana ter lalu lama tidak di angkat.
pada pagi hari kami mencari wak wak lagi  dapat 70 ekor untuk memancing malam nanti.kami balik jam 12 tengah hari.