150308 serasa




150308 Kawasan Serasa

Bertolak dari penurunan perahu mentiri jam 6 pm, dan terus memukat udang hingga jam 7pm dapat lebih kurang 30 ekor sahaja. Air surut hingga jam 11 malam, kami sempat juga mengambil wak wak di seberang pelabuhan muara dapat 30 ekor , ini untuk umpan rawai. Malam itu rawai hanya dapat se ekor ketambak saja. Semantara menunggu rawai kami memancing di ujung serasa hasil nya se ekor bawan dan ketambak satu lagi putus kerana terlalu besar joran barkly dan spool ryobi 4000serta lemix 30lb tidak mampu untuk melayan nya.